MELAYU LONGLAI (LAYU) akibat menyingkirkan jawi. - waksab

old skoll..
Bangsa ini amat gah suatu masa dahulu sebelum nenasuki era penjajahan barat. Telah melalui satu zaman yang penuh keemasan, disegani oleh kawan dan lawan. Dicemburui pencapaiannya. Selepas dijajah, kekuatannya mula pudar dan mula meruntun ke... arah kejatuhan. Walaupun begitu, semasa penjajahan kekuatan(jati diri) Melayu masih lagi wujud walaupun pada zahirnya kelihatan suram. Beberapa pusat pengajian berstatus “pondok” masih berupaya membangunkan ummah agar terus berpegang kukuh pada tali-tali Allah.

Kesinambungan dari institusi “pondok” inilah yang membangunkan beberapa istitusi pengajian Islam moden seperti Kolej Islam, Maktab-maktab bertaraf sekolah menengah dan Universiti-universiti Islam. Namun keadaan kekuatan dalaman insan Melayu ini amat jauh berkurangan jika dibandingkan dengan keupayaan para pelajar lepasan “pondok” tersebut. Kekuatan tasawwuf telah tercemar dengan teruknya.

Dari sini lahirlah bijak pandai Islam yang pakar dalam pelbagai bidang ilmu terutama ilmu anutan barat. Kesungguhan dan fokus mereka telah berubah. Mereka kini telah dilatih mengikut acuan penjajah walaupun penjajah telah lama meninggalkan negara ini. Amat malang mereka tidak lagi memahami apa itu tasawwuf, apatah lagi mencapai intisari tasawwuf yang amat mulia dan suci tersebut. Akibatnya, kekuatan dalaman Islam telah menjadi “longlai” dan hilang serinya. .



p/s : wahai org malay apa mau jadi?

0 COMMENT:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...